Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

Hijrah Itu Pengorbanan

Pernahkah anda berfikir? untuk berhijrah dari dosa kepada pahala? Dari buta kepada celik hati? Dari buruk kepada baik? Dari baik kepada yg lebih baik? Dari angkuh kepada taqwa kepada Allah?   Persoalan2 ini kekadang bermain-main dibenak fikiranku. Alhamdulillah masih diberi peluang kepadaku utk terus bernafas dan menghirup udara segar di bumiMu ini Ya Allah serta dapat lagi menjejak kaki ke tahun 1433H ini. Hijrah. Sepastinya bila disebutkan hijrah, mesti dikaitkan dgn pengorbanan. Sebab itulah dikatakan "Hijrah itu pengorbanan."   Peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat Baginda dari kota Mekah ke Madinah telah pun lama berlalu iaitu 1433 tahun yg lalu. Tetapi sejauh manakah peristiwa ini memberi kesan dan pengajarannya kepada kita pada hari ini? Adakah sekadar tahu peristiwa ini sudah cukup bagus bagi kita? Tidak. Kita yg hidup pada zaman ini pun harus melakukan penghijrahan atau perubahan diri. Ya. Perubahan diri. Daripada yg bersifat negatif ke arah yg le

Pilihan Dalam Kehidupan

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dgn limpah Dan inayahNya dpt lagi saya menulis post buat ke sekalian kalinya. Selawat dan Salam ke Atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda.   PILIHAN.inilah topik yang akan kita bicarakan buat kali ini.InsyaAllah. Dalam kehidupan seharian, senantiasa kita diuji dan membuat pilihan. Kekadang pilihan yang kita lakukan merupakan pilihan yang susah utk dilakukan, kekadang pula merupakan pilihan yg senang utk kita lakukan. Inilah fitrah manusia. Mesti lakukan pilihan dalam kehidupan. Namun begitu, Agama Islam ialah agama yg mudah, yg selamat dan yg tidak membebankan. Agama Islam tidak membebankan sesuatu individu atau kaum nya dengan perkara yg tidak mereka mampu pikul.Sebagaimana firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 : لا يكلف الله نفسا الا وسعها لها ما كسبت  وعليها مااكتسبت Maksudnya : Allah tidak membebani seseorang yg tidak sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala(dari kebaikan)