Skip to main content

VaLeNtiNe Day : Hapuskan DaLam Diri Seorang Muslim

Apabila datangnya bulan Februari, sudah terbayang-bayang di fikiran pasangan couple di manakah lokasi mereka untuk dihabiskan bersma sempena hari valentine day ini..trmasuk psgn couple muslim jua.Media massa pula, tidak jemu2 menayangkan cerita2 ataupun filem2 yang berunsurkan romantis...inilah publisiti yg diberikan utk mghebahkan tentang hal ini.Tetapi sedarkah kita dari mana asal usul nya sambutan ini??


 "Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabkannya."  (Surah al-Isra': 36) 

Sejarah: Terdapat pelbagai sumber yang berbeza-beza menceritakan tentang asl-usul Hari Valentine. Yang nyata, tidak satu pun memberi kebaikan kepada kita sebagai umat islam dan hamba kepada Maha Pencipta. Sedarkah kita, salah satu sebab kewujudan hari Valentine ini adalah kerana kejatuhan kerajaan islam di Sepanyol pada tarikh tersebut. Manakala orang yang menjadi dalang kepada kekalahan itu adalah seorang paderi Kristian, Saint Valentine. Lalu, 14 Februari 1492 dinamakan Hari Valentine dan dianggap sebagai agama yang zalim. Bukankah dengan menyambutnya, kita sendiri menghina agama kita yang suci? Kejinya kita jika begitu!! 

    Antara sejarah yang lain pula menyebut, Hari Valentine diambil daripada nama Paderi Saint Valentine atas kesungguhannya mempertahankan hak para tentera pada zaman pemerintahan Claudius II untuk berkahwin. Ini kerana, semasa Claudius II memerintah kerajaan Rom, beliau menghalang tentera-tentera Rom untuk berkahwin kerana pada pendapat beliau, mereka akan lebih kuat dan tabah untuk berperang jika masih bujang. Namun secara senyap, Saint Valentine telah melakukan upacara pernikahan dan ini mendatangkan kemarahan Cludius II. Lalu, paderi itu dihukum gantung pada 14 Februari 269 Masihi. 

 Satu lagi cerita lain mengatakan, Berkaitan seorang paderi bernama valentine yg telah dipenjarakan . Sebelum dijatuhkan hukuman mati, dia telah jatuh hati kpd anak penjaga biara. Dia telah menulis sepucuk surat kpd wanita itu untuk menyatakan cintanya.

Kesimpulannya , di sebalik hari kekasih ini ada sejarah tentang seorang paderi, maka ingatlah haram bg orang Islam untuk sambut hari itu krn sejarah dan tujuan hari tersebut. Bahkan couple itu haram dlm Islam..wallahu alam.

Comments

Popular posts from this blog

‎8 Pengertian Cinta Menurut Qur’an

Menurut hadis Nabi, orang yang sedang jatuh cinta cenderung selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai’an katsura dzikruhu), kata Nabi, orang juga bisa diperbudak oleh cintanya (man ahabba syai’an fa huwa `abduhu). Kata Nabi juga, ciri dari cinta sejati ada tiga : (1) lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, (2) lebih suka berkumpul dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, dan (3) lebih suka mengikuti kemauan yang dicintai dibanding kemauan orang lain/diri sendiri. Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Allah SWT, maka ia lebih suka berbicara dengan Allah SWT, dengan membaca firman Nya, lebih suka bercengkerama dengan Allah SWT dalam I`tikaf, dan lebih suka mengikuti perintah Allah SWT daripada perintah yang lain.  Dalam Qur’an cinta memiliki 8 pengertian berikut ini penjelasannya: 1. Cinta mawaddah adalah jenis cinta mengebu-gebu, membara dan “nggemesi”. Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, maunya selalu berd...
Mengapa Selalu Fikir Tentang Cinta dan Hati Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapa pun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia. Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkanya? Adakala setiap masa dan waktu kita memikirkanya, Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam “couple”.Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah Jika anda masih belum mampu, jangan sekalibermain denganperasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh. Jodoh? Bukankah jodoh itu telah ditetapkan olehNya? Anda punyai misi untuk islam. Mengapa mudah goyah kepada perasaan dan cinta. Ramai yang mengatakan “aku mahu berkahwin, bernikah” tetapi dimanakah persediaan kita? Untuk menjadi isteri kepada suami atau suamikepada seorang isteri? Ia bukanlah sebuah ...

Hijrah Itu Pengorbanan

Pernahkah anda berfikir? untuk berhijrah dari dosa kepada pahala? Dari buta kepada celik hati? Dari buruk kepada baik? Dari baik kepada yg lebih baik? Dari angkuh kepada taqwa kepada Allah?   Persoalan2 ini kekadang bermain-main dibenak fikiranku. Alhamdulillah masih diberi peluang kepadaku utk terus bernafas dan menghirup udara segar di bumiMu ini Ya Allah serta dapat lagi menjejak kaki ke tahun 1433H ini. Hijrah. Sepastinya bila disebutkan hijrah, mesti dikaitkan dgn pengorbanan. Sebab itulah dikatakan "Hijrah itu pengorbanan."   Peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat Baginda dari kota Mekah ke Madinah telah pun lama berlalu iaitu 1433 tahun yg lalu. Tetapi sejauh manakah peristiwa ini memberi kesan dan pengajarannya kepada kita pada hari ini? Adakah sekadar tahu peristiwa ini sudah cukup bagus bagi kita? Tidak. Kita yg hidup pada zaman ini pun harus melakukan penghijrahan atau perubahan diri. Ya. Perubahan diri. Daripada yg bersifat negatif ke arah yg le...