Skip to main content

TIP MENGURANGKAN TEKANAN HIDUP



Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah. Namun, kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja mahupun belajar. Pelbagai tekanan yang dihadapi emnyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana.
Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-matauntuk mendapat keredhaan Allah.
Terdapat beberapa tips yng kita boleh amalkan untuk mengurangkan tekanan hidup.Antaranya ialah:
1)Biasakan diri dengan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang danmudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulangi kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walau satu ayat. Waktu yang sesuai untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima kali waktu dan waktu-waktu lain seperti berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab sepanjang masa.

3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia disisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya,dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekutan dari Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripadaNya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab doa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika azan dan iqamah. insyaAllah, Allah akan memakbulkan doa setiap hambaNya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan bergolek tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa.

5)Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlahmenyalahkanNya jika terjadi sesuatu pada diri kita. Kita juga mesti percaya baahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

Comments

Popular posts from this blog

‎8 Pengertian Cinta Menurut Qur’an

Menurut hadis Nabi, orang yang sedang jatuh cinta cenderung selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai’an katsura dzikruhu), kata Nabi, orang juga bisa diperbudak oleh cintanya (man ahabba syai’an fa huwa `abduhu). Kata Nabi juga, ciri dari cinta sejati ada tiga : (1) lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, (2) lebih suka berkumpul dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, dan (3) lebih suka mengikuti kemauan yang dicintai dibanding kemauan orang lain/diri sendiri. Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Allah SWT, maka ia lebih suka berbicara dengan Allah SWT, dengan membaca firman Nya, lebih suka bercengkerama dengan Allah SWT dalam I`tikaf, dan lebih suka mengikuti perintah Allah SWT daripada perintah yang lain.  Dalam Qur’an cinta memiliki 8 pengertian berikut ini penjelasannya: 1. Cinta mawaddah adalah jenis cinta mengebu-gebu, membara dan “nggemesi”. Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, maunya selalu berd...
Mengapa Selalu Fikir Tentang Cinta dan Hati Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapa pun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia. Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkanya? Adakala setiap masa dan waktu kita memikirkanya, Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam “couple”.Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah Jika anda masih belum mampu, jangan sekalibermain denganperasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh. Jodoh? Bukankah jodoh itu telah ditetapkan olehNya? Anda punyai misi untuk islam. Mengapa mudah goyah kepada perasaan dan cinta. Ramai yang mengatakan “aku mahu berkahwin, bernikah” tetapi dimanakah persediaan kita? Untuk menjadi isteri kepada suami atau suamikepada seorang isteri? Ia bukanlah sebuah ...

Hijrah Itu Pengorbanan

Pernahkah anda berfikir? untuk berhijrah dari dosa kepada pahala? Dari buta kepada celik hati? Dari buruk kepada baik? Dari baik kepada yg lebih baik? Dari angkuh kepada taqwa kepada Allah?   Persoalan2 ini kekadang bermain-main dibenak fikiranku. Alhamdulillah masih diberi peluang kepadaku utk terus bernafas dan menghirup udara segar di bumiMu ini Ya Allah serta dapat lagi menjejak kaki ke tahun 1433H ini. Hijrah. Sepastinya bila disebutkan hijrah, mesti dikaitkan dgn pengorbanan. Sebab itulah dikatakan "Hijrah itu pengorbanan."   Peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat Baginda dari kota Mekah ke Madinah telah pun lama berlalu iaitu 1433 tahun yg lalu. Tetapi sejauh manakah peristiwa ini memberi kesan dan pengajarannya kepada kita pada hari ini? Adakah sekadar tahu peristiwa ini sudah cukup bagus bagi kita? Tidak. Kita yg hidup pada zaman ini pun harus melakukan penghijrahan atau perubahan diri. Ya. Perubahan diri. Daripada yg bersifat negatif ke arah yg le...