Skip to main content

Posts

‎8 Pengertian Cinta Menurut Qur’an

Menurut hadis Nabi, orang yang sedang jatuh cinta cenderung selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai’an katsura dzikruhu), kata Nabi, orang juga bisa diperbudak oleh cintanya (man ahabba syai’an fa huwa `abduhu). Kata Nabi juga, ciri dari cinta sejati ada tiga : (1) lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, (2) lebih suka berkumpul dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, dan (3) lebih suka mengikuti kemauan yang dicintai dibanding kemauan orang lain/diri sendiri. Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Allah SWT, maka ia lebih suka berbicara dengan Allah SWT, dengan membaca firman Nya, lebih suka bercengkerama dengan Allah SWT dalam I`tikaf, dan lebih suka mengikuti perintah Allah SWT daripada perintah yang lain.  Dalam Qur’an cinta memiliki 8 pengertian berikut ini penjelasannya: 1. Cinta mawaddah adalah jenis cinta mengebu-gebu, membara dan “nggemesi”. Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, maunya selalu berd...

Mutiara Kata Untuk Renungan Bersama

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik, Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali. Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan, Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan. Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan. Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk, Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya. Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda, Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup. Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup, Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat. Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita, Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul. Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya, Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan. Dan di saat kita letih...

IKUT SUNNAH KE IKUT ADAT???

Teringat perbualan dengan seorang pak cik penjual perfume di Kota Bharu tempoh hari, sedang asyik berbual2,aku cuba untuk menanyakannya beberapa soalan,antaranya; aku       : apa pendapat pak cik tentang remaja hari ini? pak cik : teruk.remaja hari ini teruk, dengan pemakaian nya,tingkah lakunya dan sebagainya.               kita tak payah pergi jauh la.kita tengok hari ini... kita hidup ni..kita ikut sape?                Ikut nabi ke?ikut  adat? ramai hari ini nye ikut, ikut adat.. aku       : yea..btol tu.rmai ikut saje tnpa belajar. demikian adalah sedikit potongan dan olahan daripada pendapat seorang pakcik. Bagaimana pula dengan pendapat seorang yg berpelajaran tinggi?pemimpin?masyarakat? saya pasti ramai yg setuju dgn statement yg diberikan oleh pak cik itu.        ya.memang benar. Ramai masyarakat hari ini yg hidupnya ...

Hijrah Itu Pengorbanan

Pernahkah anda berfikir? untuk berhijrah dari dosa kepada pahala? Dari buta kepada celik hati? Dari buruk kepada baik? Dari baik kepada yg lebih baik? Dari angkuh kepada taqwa kepada Allah?   Persoalan2 ini kekadang bermain-main dibenak fikiranku. Alhamdulillah masih diberi peluang kepadaku utk terus bernafas dan menghirup udara segar di bumiMu ini Ya Allah serta dapat lagi menjejak kaki ke tahun 1433H ini. Hijrah. Sepastinya bila disebutkan hijrah, mesti dikaitkan dgn pengorbanan. Sebab itulah dikatakan "Hijrah itu pengorbanan."   Peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat Baginda dari kota Mekah ke Madinah telah pun lama berlalu iaitu 1433 tahun yg lalu. Tetapi sejauh manakah peristiwa ini memberi kesan dan pengajarannya kepada kita pada hari ini? Adakah sekadar tahu peristiwa ini sudah cukup bagus bagi kita? Tidak. Kita yg hidup pada zaman ini pun harus melakukan penghijrahan atau perubahan diri. Ya. Perubahan diri. Daripada yg bersifat negatif ke arah yg le...

Pilihan Dalam Kehidupan

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dgn limpah Dan inayahNya dpt lagi saya menulis post buat ke sekalian kalinya. Selawat dan Salam ke Atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda.   PILIHAN.inilah topik yang akan kita bicarakan buat kali ini.InsyaAllah. Dalam kehidupan seharian, senantiasa kita diuji dan membuat pilihan. Kekadang pilihan yang kita lakukan merupakan pilihan yang susah utk dilakukan, kekadang pula merupakan pilihan yg senang utk kita lakukan. Inilah fitrah manusia. Mesti lakukan pilihan dalam kehidupan. Namun begitu, Agama Islam ialah agama yg mudah, yg selamat dan yg tidak membebankan. Agama Islam tidak membebankan sesuatu individu atau kaum nya dengan perkara yg tidak mereka mampu pikul.Sebagaimana firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 : لا يكلف الله نفسا الا وسعها لها ما كسبت  وعليها مااكتسبت Maksudnya : Allah tidak membebani seseorang yg tidak sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala(dari kebaikan) ...
Mengapa Selalu Fikir Tentang Cinta dan Hati Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapa pun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia. Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkanya? Adakala setiap masa dan waktu kita memikirkanya, Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam “couple”.Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah Jika anda masih belum mampu, jangan sekalibermain denganperasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh. Jodoh? Bukankah jodoh itu telah ditetapkan olehNya? Anda punyai misi untuk islam. Mengapa mudah goyah kepada perasaan dan cinta. Ramai yang mengatakan “aku mahu berkahwin, bernikah” tetapi dimanakah persediaan kita? Untuk menjadi isteri kepada suami atau suamikepada seorang isteri? Ia bukanlah sebuah ...

Bulan Syaaban & malam nisfunya

Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian Sya’aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya. Bulan Sya’aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya’aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa. Berikut adalah sebahagian hadis-hadis berkenaan Nisfu Syaaban dari kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty: Dari Usamah b Zaid ra berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibul...

TIP MENGURANGKAN TEKANAN HIDUP

Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah. Namun, kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja mahupun belajar. Pelbagai tekanan yang dihadapi emnyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-matauntuk mendapat keredhaan Allah. Terdapat beberapa tips yng kita boleh amalkan untuk mengurangkan tekanan hidup.Antaranya ialah: 1)Biasakan diri dengan berwuduk Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang danmudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulangi kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati. 2) Per...

Bersanding dengan bidadari

...Diceritakan dari Abdul Wahid bin Zaid yang berkata: Dahulu aku pernah naik sebuah perahu. Tiba-tiba bertiuplah angin ribut, sehingga kami semua terdampar di sebuah pulau. Di sana aku sempat menjumpai seorang lelaki penyembah berhala.  Kami kemudian bertanya kepadanya, “Wahai Fulan! Siapakah yang sedang kamu sembah itu?”  Lelaki itu kemudian menunjuk ke sebuah berhala, dan kami kembali bertanya, “Di perahu, kami mempunyai seorang teman yang biasa membuat benda seperti ini (berhala). Akan tetapi, benda ini bukanlah merupakan sembahan sepertimana Tuhan!”  “Lalu, siapa yang kalian sembah?” tanya lelaki penyembah berhala itu.  “Allah,” jawab kami.  “Siapa Allah itu?” tanyanya.  “Zat di mana Arasy-Nya ada di langit, kekuasaan-Nya ada di bumi dan keputusan-Nya berlaku bagi yang masih hidup serta yang telah mati,” jawab kami semua.  “Bagaimana kalian dapat mengenali-Nya?” tanya lelaki itu lagi.  “Tuhan kami telah mengutus seorang utusan yang mulia dan beliaulah yang menerangkan semua itu,” ...

KEINDAHAN ISLAM MEMBAWA PETUNJUK

KEINDAHAN ISLAM MEMBAWA PERTUNJUK Abu Jaafar Al-Haddad merupakan salah seorang wali Allah yang sangat terkenal. Suatu hari beliau mengikuti satu rombongan besar dalam perjalanan dari kota Basrah menuju ke kota Baghdad dengan menaiki sebuah kapal menyusuri sungai Dajlah. Di antara sekian ramai orang yang menyertai rombongan tersebut ada seorang lelaki yang menjadi perhatian Abu Jaafar Al-Haddad. Selama di dalam pelayaran, lelaki tersebut tidak pernah makan dan minum dan tidak pernah mengerjakan solat menyebabkan Abu Jaafar tertanya-tanya pada dirinya sendiri dan ingin tahu rahsia di sebalik kelakuan lelaki tersebut. Abu Jaafar Al-Haddad segera menghampirinya.   "Assalammualaikum saudara, boleh saya bertanya sedikit?" Sapa Abu Jaafar. "Boleh, apa salahnya." Jawab lelaki itu dengan tidak mengendahkan salam Abu Jaafar Al-Haddad. "Mengapa awak tidak pernah mengerjakan solat dan berjemaah dengan kami? " Tanya Abu Jaafar Al-Haddad. "Saya ini bukan orang Isla...

Tafsir Al-Quran

Assalamu Alaikum, Have you read verse 6 of chapter 49. الحجرات in the Holy Quran? يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءامَنوا إِن جاءَكُم فاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنوا أَن تُصيبوا قَومًا بِجَهٰلَةٍ فَتُصبِحوا عَلىٰ ما فَعَلتُم نٰدِمينَ Malay translation ______________________________ Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

VaLeNtiNe Day : Hapuskan DaLam Diri Seorang Muslim

Apabila datangnya bulan Februari, sudah terbayang-bayang di fikiran pasangan couple di manakah lokasi mereka untuk dihabiskan bersma sempena hari valentine day ini..trmasuk psgn couple muslim jua.Media massa pula, tidak jemu2 menayangkan cerita2 ataupun filem2 yang berunsurkan romantis...inilah publisiti yg diberikan utk mghebahkan tentang hal ini.Tetapi sedarkah kita dari mana asal usul nya sambutan ini??  "Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabkannya."  (Surah al-Isra': 36)  Sejarah: Terdapat pelbagai sumber yang berbeza-beza menceritakan tentang asl-usul Hari Valentine. Yang nyata, tidak satu pun memberi kebaikan kepada kita sebagai umat islam dan hamba kepada Maha Pencipta. Sedarkah kita, salah satu sebab kewujudan hari Valentine ini adalah kerana kejatuhan kerajaan islam di Sepanyol pada tarikh tersebut. Manakala orang yang menjadi d...

Kata hikmah

P'juangan secebis jihad. KekAdng meruntun rsa sekeping hati. Namun tiap kali kgetiran melanda, tika itulah kita kembali mgenali hakikat bhwa kitalah PEJUANG SEBENARNYA...wakafkanlh sluruh hidupmu utk redha Rabbmu krn dihujungnya pasti kau temui sinar kbahagiaan abadi yg takkan malap. Mari bersama islahkan diri, serahkan sluruh jiwamu utk abdi padaNya..walau kita hnyalah sang penggembala kambing.. Yg pasti kita sdia mnjadi hamba yg berikhtiar seluruh daya...INsyaAllah.

Zikir zikir,di mana kita............

ZIKIR & FIKIR, Di Mana Kita Yussamir Yusof Editor: arisHa27 Biasanya perkataan ZIKIR lebih dominan dengan golongan agama, manakala perkataan FIKIR pula ditujukan kepada mereka yang berfikir ataupun dikenali sebagai intelektual. Perlabelan ini menjadi semakin jelas ketika zaman pertengahan Eropah wujud. Pertembungan dua gelombang antara golongan beragama dan golongan berfikir semakin meninggi, semuanya bermula dengan keengganan gereja menerima dan mengiktiraf pandangan-pandangan saintis ketika itu. Semasa zaman pertengahan Eropah yang dikenali dengan zaman Enlightment (pertengahan abad ke-17), masyarakat yang berfikir sentiasa dimusuhi oleh masyarakat yang berzikir. Peristiwa pertembungan antara golongan gereja dan ahli sains ketika itu telah mencipta jurang yang sangat besar antara ZIKIR dan FIKIR. Kemuncaknya apabila Galileo dihukum sebagai pembuat bidaah dan berbahaya oleh pihak gereja.Ini kerana teori yang dikemukan oleh Galileo iaitu Matahari adalah pusat cakerawala dan bukanny...
Get Welcome-Graphics

Peringatan Daripada ALLAH

PERINGATAN DARIPADA ALLAH S.W.T Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai satu virus yang berbahaya, yang sekali lagi menyerang penduduk dunia. Virus tersebut ialah selesema khinzir. Virus atau wabak ini sempat membuatkan manusia cemas dan hidup dalam ketakutan. Mana tidaknya, virus ini boleh menyebabkan kematian yang tidak dijangka-jangka. Dan duhulunya ia dikenali sebagai selesema burung. Kini, virus itu menyerang sekali lagi. Kali ini, khinzir merupakan alat penyebar virus tersebut. Alhamdulillah, kita sebagai umat Islam diharamkan daripada memakan daging babi dan mengambil manfaat daripadanya. Tidakkah kita terfikir makna yang tersirat daripada pengharaman tersebut? Manusia pada zaman dahulu tidak dapat mengkaji keburukan daripada memakan daging khinzir. Akan tetapi, teknologi kini semakin canggih. Teknologi sains pada zaman kini telah membuktikan dan membongkar rahsia pada daging khinzir. Ternyata, daging khinzir sememangnya membawa keburukan kepada si pemakan. Dan ianya boleh me...

hadis

HIMPUNAN HADITH HARIAN JAKIM Kategori : IBADAH Solat Tajuk : Wajib Berwudhu’ Sebelum Solat Hadith : Daripada Abu Hurairah r.a katanya nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Allah tidak menerima solat salah seorang daripada kamu apabila ia berhadas sehingga ia berwudhu’.” al-Bukhari Muslim HuraianHadas terbahagi kepada dua iaitu:1.Hadas besar - berlaku dengan sebab keluar mani, bersetubuh, keluar darah haid, nifas, bersalin atau keguguran. Cara bersuci daripada hadas ini ialah dengan mandi wajib. 2.Hadas kecil - berlaku apabila berlaku proses buang air kecil dan besar, keluar angin (kentut) atau bersentuhan dengan yang bukan muhrim. Cara bersuci daripada hadas ini ialah dengan berwudhu’. Apabila seseorang berhadas dan hendak mengerjakan solat hendaklah ia bersuci kerana Allah tidak menerima solat yang dikerjakan dalam keadaan berhadas. Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Saidina Muawiyah

Saidina Muawiyah: Khalifah Yang Teraniaya Rata-rata umat Islam di zaman mutakhir ini menganggap Saiyyidina Muawiyah r.a sbg pengasas monarki dalam Islam, seorang yang zalim, pemutar belit, pemberontak, ahli politik yang licik dan lain-lain. Tidak ada keburukan yang tidak dihubungkan kepadanya dan tidak ada pula sebagai penulis wahyu daripada ALLAH, seorang yang dikhususkan oleh Nabi saw dengan doa-doanya yang istimewa, tidak pernah dilucutkan jawatan gabenor yang disandang selama 20 tahun dan kemudian sebagai khalifah pula selama 20 tahun. Soalnya siapakah yang memimpin armada pertama dalam sejarah Islam menentang tentera-tentera Rom? Siapakah pula yang telah menakluk Cyprus, Sicily, Rhodesia, Sudan, Qairawan dan Sind? Siapakah yang menyatupadukan kembali umat di bawah satu panji-panji dalam melancarkan jihad yang terhenti sekian lama berikutan perpecahan dan peperangan saudara yang berlaku di zaman pemerintahan Saiyidina Ali? Dimanakah Muawiyah yang diakui Rasulullah saw, para sahabat...

KELUARNYA YAKJUJ DAN MAKJUJ

KELUARNYA YAKJUJ DAN MAKJUJ Firman Allah s.w.t (Surah Al-Kahfi : 98-99): 98. (setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; Dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”. 99. dan Kami biarkan mereka pada hari itu (keluar beramai-ramai) bercampur-baur antara satu Dengan Yang lain; dan (kemudiannya) akan ditiup sangkakala, lalu Kami himpunkan makhluk-makhluk seluruhnya di padang Mahsyar. Firman Allah s.w.t (Al-Anbiyaa : 96-97): 96. (Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok Yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat Yang tinggi. 97. dan hampirlah datangnya janji hari kiamat Yang benar, maka Dengan serta-merta pandangan mata orang-orang Yang kufur ingkar terbeliak (sambil berkata Dengan cemas): “Aduhai celakanya kami. Sesungguhnya Kami telah tinggal Dalam keadaan Yang melalaikan Kami daripada memikirkan perkara ini, bahkan Kami ...