ZIKIR & FIKIR, Di Mana Kita Yussamir Yusof Editor: arisHa27 Biasanya perkataan ZIKIR lebih dominan dengan golongan agama, manakala perkataan FIKIR pula ditujukan kepada mereka yang berfikir ataupun dikenali sebagai intelektual. Perlabelan ini menjadi semakin jelas ketika zaman pertengahan Eropah wujud. Pertembungan dua gelombang antara golongan beragama dan golongan berfikir semakin meninggi, semuanya bermula dengan keengganan gereja menerima dan mengiktiraf pandangan-pandangan saintis ketika itu. Semasa zaman pertengahan Eropah yang dikenali dengan zaman Enlightment (pertengahan abad ke-17), masyarakat yang berfikir sentiasa dimusuhi oleh masyarakat yang berzikir. Peristiwa pertembungan antara golongan gereja dan ahli sains ketika itu telah mencipta jurang yang sangat besar antara ZIKIR dan FIKIR. Kemuncaknya apabila Galileo dihukum sebagai pembuat bidaah dan berbahaya oleh pihak gereja.Ini kerana teori yang dikemukan oleh Galileo iaitu Matahari adalah pusat cakerawala dan bukanny...
aMaL,iMaN dan TaQwA REHLAH KEAGAMAAN