Skip to main content

KELUARNYA YAKJUJ DAN MAKJUJ

KELUARNYA YAKJUJ DAN MAKJUJ
Firman Allah s.w.t (Surah Al-Kahfi : 98-99):
98. (setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; Dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”.
99. dan Kami biarkan mereka pada hari itu (keluar beramai-ramai) bercampur-baur antara satu Dengan Yang lain; dan (kemudiannya) akan ditiup sangkakala, lalu Kami himpunkan makhluk-makhluk seluruhnya di padang Mahsyar.
Firman Allah s.w.t (Al-Anbiyaa : 96-97):
96. (Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok Yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat Yang tinggi.
97. dan hampirlah datangnya janji hari kiamat Yang benar, maka Dengan serta-merta pandangan mata orang-orang Yang kufur ingkar terbeliak (sambil berkata Dengan cemas): “Aduhai celakanya kami. Sesungguhnya Kami telah tinggal Dalam keadaan Yang melalaikan Kami daripada memikirkan perkara ini, bahkan Kami telah menjadi orang-orang Yang menganiaya diri sendiri”.
Sabda Rasulullah s.a.w dalam hadith yang diriwayatkan oleh An-Nawwas bin Sam’aan :
(( …(Setelah Nabi Isa a.s. membunuh Dajjal dan pengikut-pengikutnya) lalu Allah s.w.t mewahyukan kepada (Nabi) Isa : “Sesungguhnya aku telah mengeluarkan hamba-hambaKu yang tiada kemampuan bagi seorang pun dalam memeranginya, lindungilah hamba-hambaKu (yang bersama denganmu) ke bukit Thur”. Maka Allah mengutuskan Yakjuj dan Makjuj, dari setiap tanah tinggi mereka turun bergegas, kemudian mereka melalui Tasik Tabariyyah lantas mereka minum airnya. Kemudian datang pula segolongan yang lain (dari kalangan mereka) lalu mereka berkata : “Dulunya terdapat air di sini”. Nabi Isa a.s dan pengikut-pengikutnya terkepung (di bukit Thur) sehingga satu kepala lembu pada ketika itu lebih baik dari seratus dinar bagi kamu pada hari ini…)) Riwayat Muslim
Dalam riwayat Muslim yang lain –selepas mereka berkata : “Dulunya ada air di sini”- :
(( Kemudian mereka berjalan sehingga berakhir di bukit Al-Khamar –satu bukit di Baitil Maqdis- lantas mereka berkata : “Sesungguhnya kita telah bunuh mereka yang berada di bumi, ayuh kita bunuh pula mereka yang berada di langit!” Lalu mereka melepaskan anak-anak panah mereka ke langit dan Allah mengembalikan anak-anak panah mereka dalam keadaan berdarah ))


KEMUSNAHAN YAKJUJ DAN MAKJUJ
Sabda Rasulullah s.a.w dalam hadith An-Nawwas bin Sam’aan :
((…(Setelah Nabi Isa a.s dan pengikut-pengikutnya terkepung)…Mereka mengadu kepada Allah s.w.t, lalu Allah mengutuskan ke atas Yakjuj dan Makjuj ulat-ulat yang mengerang leher-leher mereka. Lantas mereka (Yakjuj dan Makjuj) bergelimpangan mati seakan-akan mati dalam satu nafas. Kemudian Nabi Isa a.s turun bersama pengikut-pengikutnya ke bumi dan mereka mendapati tiada sejengkal pun dari permukaan bumi melainkan dipenuhi dengan bangkai (Yakjuj dan Makjuj) yang busuk. Nabi Isa a.s. dan pengikut-pengikutnya mengadu lagi kepada Allah lalu Allah mengutuskan burung-burung sebesar leher unta lantas mengambil bangkai-bangkai (Yakjuj dan Makjuj) dan membuangnya di mana saja yang dikehendaki oleh Allah…)) Riwayat Muslim
Category: kuliah Leave a Comment
KEMUNCULAN YAKJUJ DAN MAKJUJ (BHG. 1)
Author: ahmad hasyimi
• Wednesday, March 25th, 2009

HIKMAH DARI TURUNNYA NABI ISA A.S
Sebahagian dari kalangan ulama telah menyebut tentang hikmah dari penurunan Nabi Isa a.s, antaranya ialah :
Sebagai sanggahan terhadap bangsa Yahudi yang telah mendakwa bahawa mereka telah membunuh Nabi Isa a.s. Lalu Allah menurunkan Nabi Isa a.s sebagai jawapan kepada pembohongan mereka bahkan Nabi Isa a.s akan membunuh pemimpin mereka iaitu Dajjal.
Nabi Isa a.s telah mendapati kelebihan yang banyak telah disediakan oleh Allah kepada Ummat Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana yang terdapat dalam Injil, justeru dia memohon dari Allah agar dijadikan oleh Allah sebahagian daripada mereka.
Nabi Isa a.s akan diturunkan oleh Allah sebelum dari ajalnya agar dia dimatikan di bumi kerana tiada makhluk yang dicipta dari bumi melainkan akan dimatikan di bumi.
Sebagai hujjah yang menyangkal pendustaan Kristian bahawa Nabi Isa a.s anak Allah. Bahkan nabi Isa a.s akan menghapuskan semua agama selain Islam.
Nabi Isa a.s adalah pembawa khabar gembira dengan kedatangan Nabi Muhammad s.a.w, maka dia mendapat keistimewaan tersebut berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w : ((Akulah yang lebih berhak dengan Isa bin Maryam, sesungguhnya tiada di antaraku dan dia seorang nabi pun)). Riwayat Bukhari dan Muslim
PERKARA YANG AKAN BERLAKU DI ZAMAN NABI ISA A.S
Pembunuhan Dajjal. Sewaktu Dajjal dan pengikutnya sedang berkuasa, Nabi Isa a.s akan turun sebagai pemusnah kerajaan Dajjal dan akan membunuh Dajjal serta pengikutnya.
Kemusnahan Yakjuj dan Makjuj.
Terhapusnya semua agama melainkan Islam. Nabi Isa a.s akan mematah-matahkan salib, membunuh khinzir dan menghapuskan Jizyah terhadap orang kafir.
Terangkatnya permusuhan dan persengketaan sesama manusia, lantas keamanan dan kedamaian akan tersebar di antara semua makhluk.
TEMPOH KEBERADAAN NABI ISA A.S DI BUMI SESUDAH TURUNNYA DAN KEWAFATANNYA
Terdapat dua riwayat sahih yang menyatakan tempoh keberadaan Nabi Isa a.s di bumi selepas turunnya. Yang pertama menyebut 40 tahun dan yang kedua menyebut 7 tahun. Sebahagian dari kalangan ulama mentarjihkan riwayat 40 tahun berdasarkan ianya riwayat tambahan dari perawi yang thiqah dan penafsiran Abi Hurairah terhadap ayat Al-Quran tentang Nabi Isa.
Tiada riwayat yang jelas tentang di mana Nabi Isa a.s akan wafat. Namun ada yang mengatakan bahawa beliau akan wafat di Madinah dan akan dimaqamkan bersama Nabi Muhammad s.a.w. Wallahu A’lam.

Comments

Popular posts from this blog

Mengapa Selalu Fikir Tentang Cinta dan Hati Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapa pun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia. Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkanya? Adakala setiap masa dan waktu kita memikirkanya, Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam “couple”.Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah Jika anda masih belum mampu, jangan sekalibermain denganperasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh. Jodoh? Bukankah jodoh itu telah ditetapkan olehNya? Anda punyai misi untuk islam. Mengapa mudah goyah kepada perasaan dan cinta. Ramai yang mengatakan “aku mahu berkahwin, bernikah” tetapi dimanakah persediaan kita? Untuk menjadi isteri kepada suami atau suamikepada seorang isteri? Ia bukanlah sebuah

TIP MENGURANGKAN TEKANAN HIDUP

Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah. Namun, kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja mahupun belajar. Pelbagai tekanan yang dihadapi emnyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-matauntuk mendapat keredhaan Allah. Terdapat beberapa tips yng kita boleh amalkan untuk mengurangkan tekanan hidup.Antaranya ialah: 1)Biasakan diri dengan berwuduk Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang danmudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulangi kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati. 2) Per

VaLeNtiNe Day : Hapuskan DaLam Diri Seorang Muslim

Apabila datangnya bulan Februari, sudah terbayang-bayang di fikiran pasangan couple di manakah lokasi mereka untuk dihabiskan bersma sempena hari valentine day ini..trmasuk psgn couple muslim jua.Media massa pula, tidak jemu2 menayangkan cerita2 ataupun filem2 yang berunsurkan romantis...inilah publisiti yg diberikan utk mghebahkan tentang hal ini.Tetapi sedarkah kita dari mana asal usul nya sambutan ini??  "Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabkannya."  (Surah al-Isra': 36)  Sejarah: Terdapat pelbagai sumber yang berbeza-beza menceritakan tentang asl-usul Hari Valentine. Yang nyata, tidak satu pun memberi kebaikan kepada kita sebagai umat islam dan hamba kepada Maha Pencipta. Sedarkah kita, salah satu sebab kewujudan hari Valentine ini adalah kerana kejatuhan kerajaan islam di Sepanyol pada tarikh tersebut. Manakala orang yang menjadi d