Skip to main content
Mengapa Selalu Fikir Tentang Cinta dan Hati

Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapa pun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia.

Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkanya?

Adakala setiap masa dan waktu kita memikirkanya,

Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam “couple”.Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah


Jika anda masih belum mampu, jangan sekalibermain denganperasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh.

Jodoh?
Bukankah jodoh itu telah ditetapkan olehNya?
Anda punyai misi untuk islam. Mengapa mudah goyah kepada perasaan dan cinta. Ramai yang mengatakan “aku mahu berkahwin, bernikah” tetapi dimanakah persediaan kita? Untuk menjadi isteri kepada suami atau suamikepada seorang isteri?

Ia bukanlah sebuah perkara yang mudah. Adakah ia hanya sebuah keseronokan? Untuk merealisasikan impian indah? Tidak . ia satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah SWT suatu ketika nanti. Adakah kita telah melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya.

Mari Menjadi Hamba kepada Pencipta
Menjadi sebaik-baik hamba memerlukan pengorbanan bukan hanya pada kata-kata. Jika kita imbas kembali bagaimana sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang sentiasa memperbaharui dan meningkatkan iman mereka. Keyakinan mereka adalah di tahap yang tinggi. Mereka melihat syurga di hadapan mereka. Amal yang mereka lakukan adalah semaksimum yang mungkin.
Bukan seperti kita? Mengimpikan syurga tetapi kita hanya bermimpi tanpa mempertingkatkan amal.
Sedarlah! Hidup ini satu perjuangan. Jadi, berusahalah untuk menyihatkan Iman.

Jangan terlalu Fikirkan Cinta
Cinta dan perasaan satu keperluan. Tetapi kita mesti pandai menguruskannya. Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan islam yang telah tunjukkan. Buat persediaan, lakukan taaruf dan seterusnya. Islam itu dipenuhi cinta dan kasih sayang, tapi banyak cinta dan kasih sayang yang menyimpang dari islam kerana kita tidak menghayati Islam sepenuhnya.

Jom sama-sama kita mencari cinta dan redhaNya.


Lihatlah cinta yang sebenar ini!

Dari Abu Hurairah r.a katanya,Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya Allah Taala berfirman pada hari Kiamat kelak, mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Hari ini Ku naungi mereka, di mana tiada naungan yang lain selain naunganKu.”

Comments

Popular posts from this blog

hadis

HIMPUNAN HADITH HARIAN JAKIM Kategori : IBADAH Solat Tajuk : Wajib Berwudhu’ Sebelum Solat Hadith : Daripada Abu Hurairah r.a katanya nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Allah tidak menerima solat salah seorang daripada kamu apabila ia berhadas sehingga ia berwudhu’.” al-Bukhari Muslim HuraianHadas terbahagi kepada dua iaitu:1.Hadas besar - berlaku dengan sebab keluar mani, bersetubuh, keluar darah haid, nifas, bersalin atau keguguran. Cara bersuci daripada hadas ini ialah dengan mandi wajib. 2.Hadas kecil - berlaku apabila berlaku proses buang air kecil dan besar, keluar angin (kentut) atau bersentuhan dengan yang bukan muhrim. Cara bersuci daripada hadas ini ialah dengan berwudhu’. Apabila seseorang berhadas dan hendak mengerjakan solat hendaklah ia bersuci kerana Allah tidak menerima solat yang dikerjakan dalam keadaan berhadas. Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

TIP MENGURANGKAN TEKANAN HIDUP

Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah. Namun, kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja mahupun belajar. Pelbagai tekanan yang dihadapi emnyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-matauntuk mendapat keredhaan Allah. Terdapat beberapa tips yng kita boleh amalkan untuk mengurangkan tekanan hidup.Antaranya ialah: 1)Biasakan diri dengan berwuduk Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang danmudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulangi kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati. 2) Per