Skip to main content

Hijrah Itu Pengorbanan


Pernahkah anda berfikir?
untuk berhijrah dari dosa kepada pahala?
Dari buta kepada celik hati?
Dari buruk kepada baik?
Dari baik kepada yg lebih baik?
Dari angkuh kepada taqwa kepada Allah?
 
Persoalan2 ini kekadang bermain-main dibenak fikiranku. Alhamdulillah masih diberi peluang kepadaku utk terus bernafas dan menghirup udara segar di bumiMu ini Ya Allah serta dapat lagi menjejak kaki ke tahun 1433H ini.

Hijrah. Sepastinya bila disebutkan hijrah, mesti dikaitkan dgn pengorbanan. Sebab itulah dikatakan "Hijrah itu pengorbanan."
 
Peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat Baginda dari kota Mekah ke Madinah telah pun lama berlalu iaitu 1433 tahun yg lalu. Tetapi sejauh manakah peristiwa ini memberi kesan dan pengajarannya kepada kita pada hari ini? Adakah sekadar tahu peristiwa ini sudah cukup bagus bagi kita? Tidak. Kita yg hidup pada zaman ini pun harus melakukan penghijrahan atau perubahan diri.

Ya. Perubahan diri. Daripada yg bersifat negatif ke arah yg lebih positif. Daripada yg buruk, kepada yg baik. Dan daripada yg baik kepada yg lebih baik lagi. Sepastinya utk melakukan perubahan mesti ada pengorbanan dan pengorbanan pula tak akan wujud tanpa usaha.

Sempena dengan tahun baru Islam ini, maka tanam lah azam dan lakukanlah anjakan paradigma baru untuk perubahan diri ke arah yg lebih positif. Niat lah kerana Allah. Kerna sesuatu pekerjaan itu datangnya daripada niat dan dikira amal ibadah jika berniat kepadaNya.

Sebagaimana yg telah dinyatakan di dalam kitab Hadis 40, karangan Imam An-Nawawi meletakkan hadis yg berkaitan niat ini ditempat yg pertama.
Yang bermaksud : "Sesungguhnya setiap pekerjaan itu dimulakan dengan niat, dan sesuatu perkara itu mengikut apa yg dia niatkan. Sesiapa yg berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa yg berhijrah kerana perempuan yg ingin dinikahinya, atau harta yg ingin dimiliki, maka hijrahnya pada apa yg dia niatkan.."

Hadis ini cukup popular. Ditekankan kepada kita berkenaan dengan niat dan dikaitkan pula dengan hijrah. Sebab itu lah, untuk melakukan satu penghijrahan atau perubahan diri memerlukan satu niat yg tulus ikhlas kerana Ilahi. 

Intihanya, semoga dengan tahun baru islam ini jua, iman kita semakin bertambah seiring dengan usia yg semakin lanjut. Saya berpesan kepada diri sendiri dan sahabat2 sekalian ayuh kita lakukan anjakan paradigma diri arah ke arah yg lebih positif. 

Salam Maal Hijrah 1433H

Comments

Popular posts from this blog

‎8 Pengertian Cinta Menurut Qur’an

Menurut hadis Nabi, orang yang sedang jatuh cinta cenderung selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai’an katsura dzikruhu), kata Nabi, orang juga bisa diperbudak oleh cintanya (man ahabba syai’an fa huwa `abduhu). Kata Nabi juga, ciri dari cinta sejati ada tiga : (1) lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, (2) lebih suka berkumpul dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, dan (3) lebih suka mengikuti kemauan yang dicintai dibanding kemauan orang lain/diri sendiri. Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Allah SWT, maka ia lebih suka berbicara dengan Allah SWT, dengan membaca firman Nya, lebih suka bercengkerama dengan Allah SWT dalam I`tikaf, dan lebih suka mengikuti perintah Allah SWT daripada perintah yang lain.  Dalam Qur’an cinta memiliki 8 pengertian berikut ini penjelasannya: 1. Cinta mawaddah adalah jenis cinta mengebu-gebu, membara dan “nggemesi”. Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, maunya selalu berd...

Bersanding dengan bidadari

...Diceritakan dari Abdul Wahid bin Zaid yang berkata: Dahulu aku pernah naik sebuah perahu. Tiba-tiba bertiuplah angin ribut, sehingga kami semua terdampar di sebuah pulau. Di sana aku sempat menjumpai seorang lelaki penyembah berhala.  Kami kemudian bertanya kepadanya, “Wahai Fulan! Siapakah yang sedang kamu sembah itu?”  Lelaki itu kemudian menunjuk ke sebuah berhala, dan kami kembali bertanya, “Di perahu, kami mempunyai seorang teman yang biasa membuat benda seperti ini (berhala). Akan tetapi, benda ini bukanlah merupakan sembahan sepertimana Tuhan!”  “Lalu, siapa yang kalian sembah?” tanya lelaki penyembah berhala itu.  “Allah,” jawab kami.  “Siapa Allah itu?” tanyanya.  “Zat di mana Arasy-Nya ada di langit, kekuasaan-Nya ada di bumi dan keputusan-Nya berlaku bagi yang masih hidup serta yang telah mati,” jawab kami semua.  “Bagaimana kalian dapat mengenali-Nya?” tanya lelaki itu lagi.  “Tuhan kami telah mengutus seorang utusan yang mulia dan beliaulah yang menerangkan semua itu,” ...

Bulan Syaaban & malam nisfunya

Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian Sya’aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya. Bulan Sya’aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya’aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa. Berikut adalah sebahagian hadis-hadis berkenaan Nisfu Syaaban dari kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty: Dari Usamah b Zaid ra berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibul...